Friday, 12 October 2012

Kutatapi Karya-Karya Maya


Saat ini 
aku merenungi kitabku sendiri
dengan menatap 

setiap karya
nukilan, sahabat-sahabatku semua
dan kuteliti satu persatu
naskah demi naskah
akan maksud yang tersirat di dalamnya
dan gambaran yang dipapar di dalam persuratannya
kuambil intipati dan intisarinya
buat menyerapi liang-liang kehidupanku
buat bekalan di sepanjang perjalananku pula.

Indah! ... ,
amat indah setiap bingkisannya
dari RESAH karya cikgu Yahya Isa
dan KAPAL KERTAS milik Lina Mahat
KUSIMPAN SEGALA hasil karya umi Sri Mawar
juga RINTIHANKU garapan abangku Bong Fauzi
semuanya indah-indah belaka
penuh cerita dan penuh juga nasihat di dalamnya.

Ucapan SELAMAT PAGI SEMUA
bingkisan dari tuan pengetua
Cikgu Nik Mie yang bijaksana
menambahkan lagi ceria halaman yang terbina
namun aku yang terlajak mentari
di bolong hari yang tinggi
baru jendela kamarku mahu kukuak - kubuka
dari ubun-ubun lembut yang masih bersisa baki embun.

Ahh! ... segar mindaku
dengan tatapan nukilan kamu semua
hingga tak terasa
perutku pula mula bergema.

Pesananku ... ,
teruskanlah sahabat-sahabatku semua
sementara aku dan perutku ini
kuisi dengan sedikit tenaga
membuat pengalas sebelum senja mula menyapa.

Terima kasih teman-teman pengkarya maya.

ss/spl/pm ... 11/10/2012.

No comments:

Post a Comment