Thursday 31 January 2013

DI SINI


Carilah teman pengganti.



Telah kukatakan 
kasih,
aku 'kan pergi 
menyepi
di sebalik riuh
dan liarnya
hidup 
di alam maya 
ini,

carilah teman 
pengganti.

Dan relakanlah aku 
pergi.

ss/spl/pm ... 31/01/2013.


LAGU NELAYAN TUA


Pertapa Sepi.



Izinkan aku 
menyepi 
dari teratak kasihku ini
meniti sunyi 
berkalam di hati
walau indahnya teratak
bagaikan istana Parsi
berseri
bertatahkan berlian
zamrud
kristal berwarna-warni
namun sunyi
relalah aku bersendiri,

meladeni hati.

ss/spl/pm ... 31/01/2013.


Bahasa Rindu


Lahar Mentari.



Teriknya mentari
dan cuaca membahang 
di petang sunyi ini
tidaklah seterik 
dan sebahang kepanasan 
di dalam sanubari
hatiku ini,
menggelegak lahar mendidih
meletusnya pasti,

... pasti.

ss/spl/pm ... 31/01/2013.


Hidangan Ruji.



Sehari datang sehari pergi
begitu juga persahabatan di FB ini
senang datang tangan diberi
dan senang pergi 
ghaib menghilangkan diri,

silatulrahim tiada bererti
silatulrahim tiada nilai yang murni
keperibadian tinggi dipandang sepi
kejahilan dipandang tinggi
pembohongan sering ditari-tari,

sandiwara satu obsesi
pelbagai bentuk dan rupa terkini
pelbagai akaun boleh dimiliki
banyak sisi
gelaran ingin dikongsi,

semuanya penyakit hati
yang dilakonkan secara bersiri
segala drama kehidupan sepi
dimainkan dengan ilusi
hilang keindahan di dalam peribadi,

semuanya sedang dihidangkan kini.

ss/spl/pm ... 31/01/2013.


Wednesday 30 January 2013

Jangan jadikan aku sebegitu.



Aku memang susah,
susah hendak membenci
tapi! ... ,
bila sekali aku membenci
aku akan benci selama-lamanya
walaupun bukan seperti,
seperti dialog 
dalam filem ibu mertuaku
iaitu ... ,
"Kalau orangnya aku dah benci
seluruh keturunannya pun
akan kubenci"

Aku bukan sebegitu
jadi ... ,
janganlah membuat aku
jadi sebegitu.

'You' tak akan suka
bila 'I',
bila 'I' jadi sebegitu.

ss/spl/pm ... 30/01/2013.


CINTA HIASAN KATA


Mmmm! Asalkan ada.



Malam ini malas menerpa
menerjah dada rawan menggoda
hendak berpuisi nafsu tiada
kuhayunkan jari kulayarkan rasa,

kuambil kesempatan untuk membaca
karya-karya teman pujangga
namun malas menerjah angkara
dua rangkap termati selera,

Ahh! ... semakin lama semakin berkira
karya pujangga termati ilhamnya
angkara malas beronar durjana
kutamatkan karya yang entah apa-apa,

asalkan ada buat pelepas gian bersisa.

ss/spl/pm ... 30/01/2013.


SAYANG MENGERTILAH


Bicara di angin petang.



Bertemu lagi di dada petang
cahayanya suram senja menjelang
melakar kata berdiam sembang
atur mengikut waktu terhidang,

kurangkan gebang Maghrib menjelang
seruan Tuhan wajib ditatang.

ss/spl/pm ... 30/01/2013.


Siapakah yang harus disalahi.



Pandangan kabur di tengah nan hari
semakin lama semakin dikaburi
berehat seharian lelah menyepi
menonton TV santai sekali,

namun bengang menghimpit hati
menonton drama bagai dibodohi
cerita yang senang dipanjang-panjangi
nasiblah Aliya cantik sekali,

selepas Aliya timbul pula legasi
harta turun temurun direbut disaji
konflik keluarga aku nikmati
terjojol mata pelakonnya seksi,

Jumaat yang lepas aku turut tontoni
carta K-Pop dari luar negeri
sepatah haram tidak aku fahami
yang kutatap keseksian penyanyi,

apa dah jadi dengan rancangan TV terkini
budaya luar semakin diagung sanjungi
atas alasan bukan budaya kita disaji
tidakkah remaja akan turut mengikuti,

tak tengok rugi.

ss/spl/pm ... 30/01/2013.


Misteri Terompah Berbunyi III.



Penampar Jepun kekal di hati
kumatikan bicaranya hanya di sini
terompah berbunyi masih kutari
kujadikan trilogi di waktu pagi,

satu trilogi tiga puisi
aku gambarkan betapa berseni
terompah kayu kekal bersemi
di dalam hati terompah mendiami,

walau hadirnya tidak dikehendaki
berlapuk di gobok cendawan menghuni
sesekali menggilap tidak menyalahi
menjadi khazanah warisan seni,

terompah berbunyi kekal misteri 
di waktu senja jingga mentari
aku akhiri trilogi puisi
dengan pertanyaan untuk direnungi,

misterikah nanti bila terompah berbunyi.

ss/spl/pm ... 30/01/2013.


Untukmu selamanya


Misteri Terompah Berbunyi II.



Terompah kayu puisi kutari
sebagai lambang warisan seni
bukalah mata bukalah hati
kujadikan misteri beralas puisi,

di langit jingga aku berperi
agar bidalan lebih misteri
semoga ada yang dapat menyerapi
di sebalik misteri ada yang tersembunyi,

warisan seni kian menyepi
meningkatnya zaman semakin dilupai
terompah berbunyi simbolik kuberi
agar dikembalikan dapat dikongsi,

anak dan cucu jangan dikaburi
nanti terompah tidak dikenali
hilanglah seni warisan asli
selipar Jepun terus diagung-agungi,

dahlah penampar Jepun masih berbirat di pipi.

ss/spl/pm ... 29/01/2013.


Tuesday 29 January 2013

Misteri Terompah Berbunyi.



Terompah kayu jelas berbunyi
berlaga tapak dan lantai di kaki
di saat senja kembali beraksi
di langit jingga sunyi mewarnai,

terompah kayu semakin kuat berbunyi
di sisa mentari berbaki basi
jelas kedengaran di telinga sepi
hilangnya misteri bila mata mencari,

terompah kayu memang misteri
hadirnya bunyi aku menanti
inginku ketahui gerangan siapa penyeri
kubuka jendela di mata hati,

sayang sekali bunyinya menyepi
hadirnya azan laungan suci
tinggallah aku mencongak misteri
terompah kayu di senja menanti,

di langit senja aku tercari.

ss/spl/pm ... 29/01/2013.


~Titis Soal~


CINTAMU RIBUAN PESONA


DERITA YANG TERINDAH



Jika ada derita yang terindah
ianya adalah sewaktu
engkau mengucapkan selamat tinggal
dan pergi meninggalkankan aku
kerana di saat ini…suatu waktu dahulu
aku masih berkesempatan
untuk mengenali dan mencintaimu
biarpun dalam waktu yang sedetik cuma.

Qalam Bertinta
28012013
2347pm
DERITA YANG TERINDAH

Jika ada derita yang terindah
ianya adalah sewaktu
engkau mengucapkan selamat tinggal
dan pergi meninggalkankan aku
kerana di saat ini…suatu waktu dahulu
aku masih berkesempatan
untuk mengenali dan mencintaimu
biarpun dalam waktu yang sedetik cuma.

Qalam Bertinta
28012013
2347pm

Guruh


Ruang kecil untukmu


Monolog Rayuan Kalbu.


Keletihan menghimpit diriku
bagaikan dada laut dipenuhi kayu dan batu
tajam dan keras kerikilnya padu
permukaannya semu
dasarnya pilu
kematu,

dada beroleng semput nafasku
nazak berliku sebak bertamu
kian lama semakin celaru
kudrat merayu simpati dariku
"tolonglah aku"
katanya padaku,

bersabarlah hati menunggu waktu
saatnya 'kan tiba di ribaan kamu
jangan dilayan hasutan nafsu
tilam dan bantalmu
beraroma palsu
mendayu dan merayu.

Tetapkanlah hatimu, tongkatkanlah matamu.

ss/spl/pm ... 29/01/2013.



Monday 28 January 2013

CINTAKU YANG DIPINJAMKAN



Aku sekadar ingin menjadi aku
tidak berubah atau diubah
aku yang hanya tahu mencintaimu
memberi tanpa mengharap untuk menerima
kerana cinta ini bukan milikku
hanya dipinjamkan dan kuberi padamu
agar cintaku punya teman
dan tidak bersendirian.

Qalam Bertinta
28012013
2315pm
CINTAKU YANG DIPINJAMKAN

Aku sekadar ingin menjadi aku
tidak berubah atau diubah
aku yang hanya tahu mencintaimu
memberi tanpa mengharap untuk menerima
kerana cinta ini bukan milikku
hanya dipinjamkan dan kuberi padamu
agar cintaku punya teman
dan tidak bersendirian.

Qalam Bertinta
28012013
2315pm

Kesedihanku.



Jauh lagi perjalanan diriku
titian hasrat semakin membeku
laluan berliku aku dijamu
titi menyeberang sedepa tanganku
aur tercucuk berduri sembilu
pekat memerah di dada bidangku
bahteraku karam kolek berlalu.

Kecundanglah aku.

ss/spl/pm ... 28/01/2013.


Halaman sandiwara II.



Apa rasanya jika kita dipaksa
melakukan kerja yang kita tak suka
pasti menyumpah kerana tak rela
berat hati ingin melakukannya,

begitu juga makanan dibenci
pandang sahaja tekak dah geli
tutupkan mata roma berdiri
tekak menelan terus ke pundi,

bila demam ubat dijamu
dah naik loya tekakpun jemu
dipaksa misi kalau tak mahu
mukanya ketat hati berbulu,

begitulah perumpamaan aku berikan
aku bidalkan buat pedoman
aku tak suka dipaksa-paksakan
cinta bagiku bukan barang dagangan,

bukan resmi aku di halaman muka buku.

ss/spl/pm ... 28/01/2013.


Halaman sandiwara.



Bermain kata berolah madah
ada ketika sampai berbalah
seringkala tergigit lidah
suka bersengketa tak sudah-sudah,

ada pula yang bermain helah
kasih dan cinta minta disedekah
cinta ditolak mulalah mengelabah
habis dihebah tohmah dan fitnah,

inilah halaman jatuh dan rebah
penuh dengan sumpah dan seranah
melimpah najis bersepah-sepah
dalam tong sampah melimpah ruah,

bukan semua tidak bermaruah
kehormatan diri masih di sejadah
cuma segelintir yang haram jadah
dalam edah menggatal sudah.

Halaman sandiwara, inilah kisah.

ss/spl/pm ... 28/01/2013.


Keluhan di hatiku.



Kembali ke bangku ini
melepaskan keluh membebani
resahnya hati 
semakin tidak keruan disakiti
tomahan-tomahan semakin menjadi-jadi
fitnah dan hasutan bermaharajalela didewa dewi
bagaikan santapan ruji sehari-hari
enak dimakan 
dikala perut berbunyi.

Dikatakannya aku yang bermain agenda
mengeluarkan dirinya dan teman-teman penggilap ponggongnya
dari kelompok alam maya
kiranya akulah yang bersalah dan berangkara
walhal sekelumitpun 
tiadalah aku 
berperasangka pada mereka.

Yang nak jadi penyedapnya
dikatakan pula aku pernah bercinta dengannya
membelai kasih di alam maya pada
habis dijaja seantero benua
sampai ada yang bertanya kepadaku,
"Benarkah?"

Aduhai!
Sudah-sudahlah memeluk bayangan diriku
telah aku katakan aku tak mahu
janganlah perasaan perasan menyelubungi hatimu
hidung tak mancung pipi menggebu
kerana sampai bila-bilapun akan tetap tak mahu.

Hilang selera santapanku.

ss/spl/pm ... 28/01/2013.


HANYA KITA

Dibelenggu cintamu.



Bebaskanlah aku
dari belenggu
memasung kudratku
memenjarakanku,

berkawat duri mencucuk ngilu
di leherku
berpintal mengerutu
pedih berpadu,

bak sembilu
kasap kematu
di kakiku
berdarah selalu.

Matilah aku, matilah aku

... dibelenggu cintamu.

ss/spl/pm ... 28/01/2013.


Sunday 27 January 2013

Hati yang melaram.



Mega hitam menyelubungi alam
di dada langit bertirai kelam
rembulan sembunyi di tirai malam
pungguk merayu hatinya lembam,

mana Jauhari mana Manikam
mungkinkah sembunyi mulut terdiam
mencanai mimpi kaya diidam
intan dicari masih tertanam.

Ahh! 

Begitulah perumpamaan yang aku langgam
di dada menyanyi berlagukan Sanggam
kekasih melaram pelbagailah ragam
tinggallah aku tangan terkiam,

mencongak mimpi di dada ilham
mencanting puisi maksud mendalam
syair dimelodi nota berbalam
sumbang berbunyi hati yang geram.

Kaca berderai masihku genggam
berdarah di hati lukanya dalam.

ss/spl/pm ... 27/01/2013.


~Puisi~


SERAGA CINTAMU


Sepetang di kaki bukit.



Sepetang di kaki bukit
mengail hati yang sengal dan perit
terpacak berdiri merenung langit
menjerit
meluahkan rasa yang menghimpit
dadaku perit
keluhan membukit
hatiku sakit,

namun terubat tidak pun sedikit
malah semakin menghimpit
laraku meniti langit
di  kaki bukit,

nazak menggamit.

ss/spl/pm ... 27/01/2013.


~Nasif~


Mungkin terjadi.



Anjung budi di tengah hari
perit melingkari ubun-ubun nyeri
menatap siang terik mentari
mungkinkah gempita tampil mengekori
di waktu petang, 
aku bersendirian ... lagi.

Ahh! ... kemungkinan itu, belum pasti.

ss/spl/pm ... 27/01/2013.


Aku tak selamanya di sini.



Aku,
aku mungkin tak selamanya di sini
sampai waktu,
aku 'kan pergi juga
meniti sisa hidup berbaki basi
meninggalkan nama
untuk diingati
bukan untuk ditangisi
dan kalau ada 
ikhsan di jendela sanubari
dan rindu di hati
sedekahkahlah Al-Fatehah
buat menemaniku
di alam yang sunyi lagi sepi
menanti dakapan
Ilahi.

Kerana mati itu pasti.

ss/spl/pm ... 27/01/2013.