koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 17 May 2013
~ bayangan ~
bayanganmu
melintas lalu
meniti kotak-kotak minda kecilku
kabur jauh di dasar
bayanganmu
seakan pergi jauh
meninggalkan tasik rindu
tanpa menoleh lagi
bayanganmu
semakin jauh
tidak tercapai dengan mata
hanya kenangan yang ada
bayanganmu
hilang dari ingatanku
tiada bekas yang tinggal
tidak terpanggil lagi
walaupun telah aku mencuba
aku redha bayanganmu hilang..
Jue Affendi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment