Friday, 17 May 2013

SEBARIS AYAT SEPOTONG DOA BUATMU



Aku sering tertanya
tentang khabarmu di sana
dan ingin sekali kutahu
adakah damai sentiasa bersamamu
kerana jarak antara kita
tidak memungkinkan aku 
untuk menghadirkan diri
buat kita bersama mencipta kedamaian.

Namun
biarpun jarak menjadi pemisah
tidak pernah terlupa untuk aku
memanjatkan sebaris ayat sepotong doa 
untuk kukirimkan buatmu di sana 
moga rindu ini akan menemanimu
kerana walau di hujung dunia pun engkau berada
sesungguhnya aku merinduimu
walau di dalam diam
rindu ini tetap bernafas
hembusan untuk dirimu yang aku cintai
engkau selalu di hati
menemaniku di kala sepi.

Qalam Bertinta
17052013

2257pm
SEBARIS AYAT SEPOTONG DOA BUATMU

Aku sering tertanya
tentang khabarmu di sana
dan ingin sekali kutahu
adakah damai sentiasa bersamamu
kerana jarak antara kita
tidak memungkinkan aku 
untuk menghadirkan diri
buat kita bersama mencipta kedamaian.

Namun
biarpun jarak menjadi pemisah
tidak pernah terlupa untuk aku
memanjatkan sebaris ayat sepotong doa 
untuk kukirimkan buatmu di sana 
moga rindu ini akan menemanimu
kerana walau di hujung dunia pun engkau berada
sesungguhnya aku merinduimu
walau di dalam diam
rindu ini tetap bernafas
hembusan untuk dirimu yang aku cintai
engkau selalu di hati
menemaniku di kala sepi.

Qalam Bertinta
17052013
2257pm

No comments:

Post a Comment