Friday 5 July 2013

Jiwanglah tu!


Jiwanglah tu!

Adakah hina puisi-puisi yang terzahir dari lahirnya sekeping hati yang berakal berminda dan kalbu yang merasa.

Kita kena ingat, puisi, syair, gurindam, sajak, seloka dan pelbagai lagi seperti senikata lagu adalah cabang-cabang seni di dalam kesusasteraan. Dan jika sastera dikatakan jiwang maka jiwanglah sukatan mata pelajaran yang turut diwartakan sebagai aliran; aliran sastera.

Jangan kita lupa sastera kita, sastera penyair-penyair terkemuka dan kecil-kecilan seperti kita juga sastera milik sasterawan-sasterawan negara dan dunia lahirnya berlandaskan dari kitab-kitab yang terdahulu dan salah satu kitab yang menjadi rujukan kita adalah Al-Quran yang bermukjizat di dalamnya...walaupun tidak dapat menandingi Al-Quran melaluinyalah kesusasteraan bertapak...adakah Al-Quran itu jiwang?

Melalui Al-Quran ada ayat-ayat berjuzuk-juzuk untuk kita selidiki akan maksud yang tersirat di dalamnya. Sama juga dengan puisi-puisi yang terhasil...ada maksud yang cuba disampaikan kepada para pembacanya. Terpulanglah kepada pembacanya untuk menilaikan maksud yang cuba diberikan...bukannya dinilaikan dengan hinaan 'kejiwangan'.

Janganlah terlalu manja seperti anak-anak kecil yang minta disuapkan makanan ke mulut mereka...gunakanlah akal yang telah diberikan dalam menafsirkan sesebuah karya. Jika kita tidak memahaminya juga...bertanyalah, itu terlebih baik dari menghina dalam merumuskan sesebuah karya itu 'jiwang'.

Sayang seribu kali sayang, seandainya ketinggian pelajaran dan jawatan yang dipegang tetapi memilik hati yang buta...buta hati, buta mata, buta minda dan juga buta perut sehingga menghina sesebuah karya.

Hebat sangatkah rasanya dengan menghina?...Allahua'lambissawaf.

Renungkanlah.

Sazalee Sulaiman ... 05/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment