koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 14 July 2013
KERANA RAHIM SEORANG WANITA.
Kerana rahim seorang wanita
lahirlah Rasul penghulu manusia
para syuhadah dan perwaris bangsa.
Kerana rahim seorang wanita
robohnya keutuhan rumahtangga
suami-suami alpa dan terleka, nafsunya.
Kerana rahim seorang wanita
persahabatan hancur binasa
selingkuh berdurja onar di belakang mata.
Kerana rahim seorang wanita
leburnya panji sesebuah negara
pemimpin skandal merata-rata.
Kerana rahim seorang wanita
dunia mampu diganggu gugatnya
peperangan di ambang mata.
Kerana rahim seorang wanita
tercemarnya maruah agama
alim ulama mampu digugat goda.
Kerana rahim seorang wanita
kekallah manusia di dalam neraka
bila nafsu menjadi raja.
Kerana rahim seorang wanita
melimpahlah isi neraka
dengan wanita penjaja, rahimnya.
Sesuka dan sesedap rasa
muda ataupun tua
poket lebat jadi pilihannya
... bergelimpangan dijilat neraka.
Sazalee Sulaiman ... 14/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment