Saturday 23 June 2012

KECANTIKAN WAJAHMU KEGILAANKU


Cantik di mata cantik di hati
itulah kecantikan milikmu sayang
kecantikan yang menjadi kegilaan
mereka-mereka yang bernafsu
yang amat mempersonakan
yang amat menawan
yang amat memukau kalbu kegersangan.

Kecantikan dirimu sayang
menjadi hidangan serakah mataku
keayuan dirimu sayang
menjadi jamuan selera hatiku
pendek kata ... ,
mandi tak basah
tidur tak lena
makan tak kenyang
dibuatnya diriku
kerana kecantikanmu
aku terkulai layu.

Sesaat engkau menghilang
setahun diriku dalam kehilangan
sehari engkau tidak kelihatan
setahun mataku tidak berpelihatan
buta kerana kecantikan wajahmu
wajah dambaan hatiku
wajah kesayangan diriku.

Aku gila sayang
aku angau sayang
kerana gilakan dan angaukan
kecantikan
wajah panAsiamu.

ss/spl/pm ... 23/6/2012.

No comments:

Post a Comment