Sunday 30 September 2012

Bila Aku Berkata Tidak


tidak akan ada apa lagi yang mahu aku bilangkan
titik! ... tahu tak apa maknanya titik?
Titik itu bermakna noktah

tamat - itulah penyudahnya
dari sketsa sebuah bicara
yang tak akan mungkin aku tarik titiknya
biarkan sahaja di titik tamatnya.

Aku cukup pantang sebenar-benarnya
di tengah sesuatu perjalanan yang indah
dan sedang menikmati kecantikan panorama
yang bukan bercengkerama
di bawah lampu minyak tanah
ada pula yang menyergah

"Bang berhenti sekejap ya bang kat mana-mana perhentian
perut tengah memulaslah pulak"

Pantang sungguh aku
kalau ada yang mengganggu permanduanku begitu
pada hal telah pun aku bertanya
sebelum perjalanan aku mula

Bilangku:

"Ada sesiapa yang nak ke tandas! ... silakan ya!
Jangan sampai di tengah jalan
barulah mula hendak mengada-ngada"

Aku dah bilang ...kan!!!
Sekarang engkau ke tandas
aku tinggalkan engkau di perhentian.

Babye ... bila aku berkata tidak.

ss/spl/pm ... 30/9/2012.

No comments:

Post a Comment