koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 11 December 2012
Benak berilustrasi.
Tiada angin
masakan pokok bergoyang
namun ini yang terjadi
pokok bergoyang kuat sekali
dedaun berguguran
sehelai pun tidak sentuh ke bumi
hilang dari pandangan mataku ini
dan menambahkan nyeri lagi
pokok itu sudah pandai bersuara kini
sungguh menambahkan kengerian
di hati.
Kerana demam,...aku berhalusinasi.
ss/spl/pm ... 11/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment