koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 18 December 2012
Bukan Titik Pengakhiran.
Usah termenung sayang
bermuram durja berhati walang
perpisahan kita hanyalah sepetang
bukan pengakhiran
bukan juga titik kecundangan
sebuah cinta yang kita perjuangkan.
Aku akan pulang
pulang dengan kemenangan
demi cinta yang aku lahirkan
selamanya akan aku perjuangkan
selagi nyawa dikandung badan
dan rindu yang semakin terhidang.
Jadi usahlah sayang
usahlah bermuram durja berhati walang.
ss/spl/pm ... 18/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment