koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 19 December 2012
Cahaya di hujung daun
Cahaya di hujung daun
melimpah mencari akar
di celah dedaunan - di celah pepohonan
terpancar sebuah sinar pengharapan
nafas baru berdenyutan
menyinari ubun-ubun alam yang kerinduan
tunas-tunas kehidupan,
disuluhnya onak yang merimbun
disuluhkannya duri yang melukakan
di tapak-tapak kaki kebogelan
tertusuk duri bisanya sungguh menyakitkan
di payungan kegelapan
sebuah misteri kehidupan, hutan.
Cahaya di hujung daun menyuluh jalan.
ss/spl/pm ... 19/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment