Saturday, 15 December 2012

Minda kelas dua.



Minda kelas dua
sering memasung akal
membina sempadan
kononnya tak sama padan,

tak boleh dikritik
kononnya terlebih cerdik
orang menegur habis diherdik
dikatakan berfikiran cetek,

tidak mahu ditegah
kononnya tidak boleh mengalah
malunya tinggi menggalah
pada yang menegah
hanyalah berpendidikan menengah rendah,

tidak mahu diajar
sering bersikap kurang ajar
kononnya seorang yang terpelajar
walaupun karyanya menjalar
nahu dan tatabahasa sering dilanggar
ditendang kasar.

Sedar-sedarlah.

ss/spl/pm ... 15/12/2012.


No comments:

Post a Comment