Friday 22 February 2013

Dian di tengah hari.



Persisir pantai akan goyah 
bila ombak membadai 
namun,
pasirnya tak akan berserakan 
walau ditarik dan disedut sedikit demi sedikit ke dalam perut laut
pasirnya akan bersatu kembali dengan pantai 
dan semakin kukuh di buritan selut yang landai
utuh dan kenyal tidak tercarik,

hujan jua akan berhenti 
bila sinar mentari memancar di ufuk sepi 
membiaskan pelangi dengan beraneka warna-warninya
mengembalikan terang selepas gelap 
awan mega di langit sunyi,

teruskanlah perjuanganmu meniti hari
usah terhenti di tengah hari,

... perjuangan itu pasti.

ss/spl/pm ... 22/02/2013.



No comments:

Post a Comment