koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 13 March 2013
Musim berganti.
Berputik cinta di awal musim bunga
membawa indah di hati pencinta
mekarnya bunga menghiasi dunia
aroma flora dikongsi bersama,
namun mekarnya bunga semusim cuma
panas melanda kering kelopaknya
musim berganti bertukar cuaca
jatuh ke bumi berserakan melata,
datang gelora hujan menimpa
bunga yang gugur hanyut ke muara
hilanglah seri togel tangkainya
dahannya rapuh patah bertimpa,
berhenti hujan sejuk melanda
pohon yang pegun carik kulitnya
merekah pecah beku bernista
menyelit tunas kembalikah bunga.
... dan musim pun berganti.
ss/spl/pm ... 13/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment