Saturday 6 July 2013

DI BAWAH ARUS KEMODENAN.


'Sepuluh budak hitam, main tepi longkang
satu jatuh dalam, tinggallah sembilan'

Sembilan lagi budak hitam buat apa ya!
... tidak mahukah mereka menolong
hanya sekadar memandang, terlopong
atau dibantainya mereka, gelak
ketawa berdekah-dekah.

Tidakkah ada simpati di hati mereka
sudah hilangkah rasa persahabatannya
sedangkan tanpa yang satu
yang terjatuh di dalam longkang
tidaklah mereka akan menjadi sepuluh, asalnya.

Simbolik perpecahan
juga terjadi di zaman kemodenan
persahabatan tiada pengeratan
persahabatan tiada persaudaraan
hanya menjadi bebanan.

'Dayang tepi kolam, mahu jemur tepung
datang burung hitam, patuk batang hidung
hidung, hidung, hidung, hidung, hidung'

Aduhai ... itulah, belum kena batang hidung sendiri
kalau dah terkena, barulah nak mencari
sahabat-sahabat, temat-teman, kononnya sehati
sejatilah sangat.

"Perlukah aku menyanyi lagu kumpulan WINGS
entahlah, apa nak jadi"

Sazalee Sulaiman ... 06/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.



2 comments:

  1. Sahabat sejati memang sukar dicari...sahabat yang mengkhianati memang banyak ditemui...salam ramadan SS...maaflah lama menyepi...fb dah tutup...apa pun teman2 terbaik tetap diingatan...gud luck my fren!

    ReplyDelete
  2. ok tiada masaalahnya...salam ramadan juga buat nur za...semoga nur za juga suksess

    ReplyDelete