koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 6 July 2013
FALSAFAH ILHAM.
Embun, di tanah
gersang, kering-kontang
baju rapuh di ampai, gering
di lengan tak panjang
dahi panas berbahang, ubun
berdiang
peluh bercucuran. Mata
melaram, pedih. Awan
berserakan.
Pena kematian. Tintanya menghilang
ilham tak datang. Berpergian.
Sazalee Sulaiman ... 06/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment