koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 6 July 2013
DI BAWAH BAYU.
Di bawah bayu, pantai.
Hangat dan kering. Anak-anak penyu,
menetas. Hadir dari bawah tanah
berpasir di mata.
Keluarnya satu persatu. Menuju,
lautan luas. Penuh pancaroba.
Penuh cabaran. Melintang. Membujur
lalunya.
Adakah matang nanti.
Kembalinya mereka ke tanah berpasir ini
tidak pasti. Hidup. Mati
mereka mencongak. Bersendiri.
Tanah berpasir setia menanti. Menggamit bayu
di pantai. Pepohon berani melenggok.
Mata-mata ralit. Sedang
memerhati.
Di bawah bayu pantai. Gegak.
Berdendang. Menyanyi dalam tangis sunyi.
Sang ibu berserah. Nasib anak-anak kepada takdir
... Ilahi.
Sazalee Sulaiman ... 06/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment