Tuesday 27 August 2013

PANTUN KEJIRANAN


Si dara bersimpuh menyulam tekat
buat teruna jadi bekalan
jiran baik membawa berkat
hidup bermuafakat jadikan amalan.

Petang hari duduk di bendang
melihat murai terbang berkawan
tidak sempurna iman seseorang
jika jiran dijadikan lawan.

Jangan mudah berputus asa
hingga termenung berduka lara
jiran berbudi kita berbahasa
barulah hidup aman sejahtera.

Biar di desa mahupun di kota
amalkan kerja berganding bahu
jangan kerana kemewahan kita
jiran berlapar buat tak tahu.

Qalam Bertinta
Klang
26082013
2137pm

2 comments:

  1. saya pinjam satu rangkap pantun untuk projek pdpc saya. TQ for sharing pantun

    ReplyDelete
  2. saya ambik bberapa rangkap pantun untuk pdpc saya ya. Terima kasih

    ReplyDelete