Saturday 24 August 2013

RENUNGAN.


Petang ini ingin saya kongsikan sebuah madah dua rangkap yang amat berguna untuk kita renungkan bersama...sebuah madah milik Teratai Abadi yang amat mendalam maksudnya...ya...mari kita kongsikan renungan isi di dalamnya

KALAU MENGHAMPAR PADI MENGUNING
JANGANLAH HANYA BERBUAH ANGIN

Teratai Abadi.

sebuah nasihat yang baik dan secara berlapik/berhemah untuk mereka yang telah menempa nama agar merenung kembali nasihat-nasihat yang diberi kepada orang yang baru mahu berjinak-jinak di dalam bidang kesusasteraan ini...

KALAU MENGHAMPAR PADI MENGUNING

:KALAU MENGHAMPAR~memberi nasihat: PADI MENGUNING~ orang yang berilmu yang telah berjaya/menempa nama
MAKSUDNYA orang yang berilmu yang memberi nasihat.

JANGANLAH HANYA BERBUAH ANGIN

:MAKSUDNYA nasihat yang diberi haruslah disertakan dengan cara-cara dan jalan untuk memperbaiki karya orang yang dinasihatkan bukan hanya sebuah nasihat kosong tanpa saranan dalam memperbaiki(BERBUAH ANGIN)

itu dari pandangan saya sendiri...sebuah nasihat berenungan yang amat berguna sekali...mantap.

Renungkanlah.

Sazalee Sulaiman ... 23/08/2013.

No comments:

Post a Comment