Monday 4 June 2012

HIPERBOLA


Keranamu kasih ... ,

Sungai berapi yang melangit tinggi apinya sanggup aku renangi

Dan akan aku kunyah bara-bara apinya satu persatu
Walau membakar lidahku berasap bersemburan lahar maha berapi
Tetap aku rela kerana kamu kekasihku dewi sukma cakrawala bersatu.

Lautan membeku sanggup aku berbaring dalam telanjang tak berbaju

Aisnya menjadi tilam urat-urat yang tersimpul mati dalam sedar lenaku
Biar tergeliat nadi berselimutkan sanubari alam dewataraya yang tercipta
Berharakat sendu rayuan batin angkasaraya yang berobitkan asmara berganda.

Keranamu kasih ... ,
Rela tetap aku rela tempuhi ranjau sepanjang seribu tahun pra hayatku.

ss/spl/pm ... 31/5/2012.

No comments:

Post a Comment