Sunday 29 July 2012

LAIN YANG DIHAJAT LAIN PULA YANG DAPATNYA


Dari Taman Cempaka ke Nilai 3
hajat di hati ingin berbelanja
punyalah seronok tidak terkira
anak-anakku bersorak gembira.

Sesampai sahaja di Nilai 3
seperti yang kusangka sesak akan menggila
punyalah ramai yang turun berbelanja
sehingga Polis Trafik turut bertugas sama; di sana.

Namun langkahan aku langkahan berdurja
langkahan kaki kiri memainkan bicara
baru kumasuk ke kedai pertama
bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Apa yang dihajat tidak kesampaian jua
membeli baju anak-anakku untuk beraya
nak masuk ke dalam kedai tidak diberikan kebenarannya
tokeh kedai takut ada yang turut mengambil kesempatan sama
mencuri dan menyamun di dalam gelap gelita.

Hendak tak hendak aku berbelanjalah juga
yang di kaki lima dipamirkan sedia ada
satu set cadar tilam bujang RM10 harganya; aku beli dua sahaja
jam dinding bermotifkan Asia Barat juga RM10 harganya; satu sahaja
alas kerusi ruang tamu satu set RM45, satu set sahaja
kasut raya untuk anak-anak bujangku RM25 sepasang seorang sahaja
baju-baju raya pula! ... nampaknya kena tangguhkan di lain harilah kira jadinya.

Hai! ... lain yang kuhajatkan lain pula yang dibelanja
nak buat macam mana!!
Takkanlah nak pulang dengan tangan kosong sahaja!
Kesian pula anak-anakku yang telah pun bersorak gembira
pada awal ... awal mulanya.

InsyaAllah minggu hadapan ke Nilai 3 jugalah gerangannya; berbelanja.

ss/spl/pm ... 29/7/2012.

No comments:

Post a Comment