Sunday 8 July 2012

LAKARAN RINDUKU


Telah kulakarkan sebuah puisi
untuk kumahkotakan
rinduku terhadapmu di dalamnya
menjadi mahakarya cintaku terhadapmu
menjadi hantaran kasihku kepadamu
semuga terkesan
semuga terbekas di hatimu
akan rinduku padamu, sayangku
kerana sesungguhnya engkaulah yang satu
tiada duanya;
engkaulah kekasihku
engkaulah!
Isteri kesayanganku.

Kaulah isteriku, engkaulah ibu zuriat-zuriatku.

ss/spl/pm ... 8/7/2012.



No comments:

Post a Comment