Saturday 1 September 2012

BIARKANLAH SAHAJA


Satu ... habu habu
dua ... habi habi
tiga ... haba haba
empat...huha huha
kau mengertilah sahaja! ... ,
tiada kena mengena dalam ini cerita
hanya mukadimah penyedap kata
penambah perisa hidangan dijamu rasa.

Pengadu domba berkalang cereka
menjaja cerita untuk mengena
busuk hati mencengkam dada
iri hati merah matanya
mahukan secubit perhatian untuk dirinya
dari teman dan sahabat semua
tak kira siapa asalkan puas nafsu serakahnya.

Aku?
Ahh! ... mangsakah aku?
Atau ... ,
adakah aku turut dijadikan menu utama?
Pembuka selera berulamkan raja
pemuas nafsu amarah menggila
ditebas agar tidak lagi diterima semua
para sahabat dan teman setia.

Biarlah ... asalkan dirinya bahagia.

ss/spl/pm ... 1/9/2012.

No comments:

Post a Comment