koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 15 September 2012
Pesanan Buat Anak-anakku
Wahai anak-anakku sekelian
dengar sini ayahmu berpesan
jadilah orang bukannya haiwan
berbekal akal dan juga fikiran
bukannya nafsu dijadikan landasan
berpetualang di hati hasutan syaitan
kelak nanti dirimu kerugian
dibenci saudara dan juga rakan.
Bertongkat dagu ... hidup terkilan.
ss/spl/pm ... 15/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment