koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday 16 September 2012
Selamat Malam Walau Di Mana Jua Kamu Berada
Selamat malam teman-temanku
selamat malam sahabat-sahabatku
selamat malam adinda-adindaku
selamat malam kekanda-kekandaku
selamat malam ayahanda, bonda dan kedua nendaku
selamat malam kekasih-kekasih kesayanganku
selamat malam juga untuk anaknda-anakndaku
selamat malam dunia
selamat malam Malaysia.
Kupohon mengundurkan diri dahulu
buat pelepas lelah yang bersarang di dada ampuhku
melelapkan mata dengan iringan restu
manalah tahu
aku memejamkan mataku
untuk kali terakhir hayatku.
Maafkan aku
aku pohon kepada kamu semua yang aku sayang selalu
seandainya aku bersalah dalam ketidaksedaranku.
Assalamualaikum - aku memberikan salam rinduku.
ss/spl/pm ... 16/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment