Wednesday 28 November 2012

Cahaya kasih dan sayang.



Cahaya kegembiraan
semakin bersinar nyalaannya
pelbagai warna
mentol-mentol bergemerlapan
membangkitkan hati
berlonjak sama
kegembiraan bercahaya
bersinar akhirnya.

Jalanan luas terbentang
terang benderang
engkau yang aku sayang
berdampingan girang
berpimpin tangan
pinggul bergoyangan seiringan
dibuai sang bayu malam
berdakapan riang,

berkucupan kita, cinta 
bermesra
di jalanan kasih dan sayang.

ss/spl/pm ... 27/11/2012.

No comments:

Post a Comment