Saturday 24 November 2012

lisa~kembali aku kerana mendalamnya kasihmu



pernah suatu ketika
di hamparan karpet hijau merimbun subur
berpayungkan lelangit tenang kebiruan
kau menyatakan sumpah setiamu
bahawa aku sentiasa di hatimu
selamanya bersatu selagi
restu pemilik hatimu

pernah suatu ketika
hatimu terluka bagai dicincang api berbara
dibakar terkulai pasti tiada sembuhnya
lalu kau berkata kasih kita di sini saja
pergilah aku tanpa sepatah kata
kerana dirimu aku puja
katamu aku akur sahaja
moga kaubahagia
itulah doamu kupinta

hari ini segalanya berubah
kasihmu sentiasa wujud untukku
aku dapat rasakan
kerana di hatiku
ada kamu
dan di hatimu
ada aku
kasihmu padaku lebih mendalam
itulah yang aku faham

kini kembalilah diriku
mendiami dasar hatimu selamanya
lisa~kembali aku kerana mendalamnya kasihmu

pernah suatu ketika
di hamparan karpet hijau merimbun subur
berpayungkan lelangit tenang kebiruan
kau menyatakan sumpah setiamu
bahawa aku sentiasa di hatimu
selamanya bersatu selagi
restu pemilik hatimu

pernah suatu ketika
hatimu terluka bagai dicincang api berbara
dibakar terkulai pasti tiada sembuhnya
lalu kau berkata kasih kita di sini saja
pergilah aku tanpa sepatah kata
kerana dirimu aku puja
katamu aku akur sahaja
moga kaubahagia 
itulah doamu kupinta

hari ini segalanya berubah 
kasihmu sentiasa wujud untukku
aku dapat rasakan
kerana di hatiku 
ada kamu
dan di hatimu 
ada aku
kasihmu padaku lebih mendalam
itulah yang aku faham

kini kembalilah diriku 
mendiami dasar hatimu selamanya

No comments:

Post a Comment