Saturday 29 June 2013

CANTIK MEMBUNUH.


Beluncas hayatnya rakus
sentiasa lapar
bernafsu, untuk menggalas perut
sebagai bekalan hidup di saat tergantung
menghitung untung
membusung kepompong.

Keluar kepompong
berseri-seri
cantik bercorak rona pelangi
alam semulajadi
ceria di hati pencinta asasi
indah dikongsi.

Tapi sayang
hayatnya sementara cuma
keesokannya bergelimpang ditemui mati
kerana lapar menghukum diri
gilakan cantik
terlupa ... tiada mulut disertai.

Kecantikan memakan diri.

SAZALEE SULAIMAN ... 29/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.



No comments:

Post a Comment