Wednesday 26 June 2013

LAKARAN HATI


Benar katamu
lakaran hidup kita punya sejuta warna
merah, hijau, putih, kuning
membatik nubari kita yang bening
tanpa sedar
kita melakar laksana pakar
menyeri hati sendiri.

Di sini
kita melukis abstrak jiwa
gambaran hasrat jauh berbeza
kalau hitam bagimu menawan
biru syahdu hatiku tertawan

Di situ
kita tidak pernah ragu
atau peduli pada keliru
kerana kita berdiri seadanya
sebagai manusia
yang terbeban dan membeban
dan kita berhak bermimpi
menjadi insan sejati.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
26 Jun 2013
3.03 pm

No comments:

Post a Comment