Sunday 23 June 2013

KISAH CINTA…KISAH JIWA


Dalam rinai gerimis
aku datang bertandang membawa kisah
bercerita pada tiap titis yang jatuh
kisah yang kulakar pada bilahan rasa
dengan tinta kecewa dan sengsara
dan di ujung kisah itu
engkaulah yang menyapa
mengkhabarkan padaku
bahawa kisah itu kisah semalam
kisah yang perlu ditinggalkan
biarpun kekal dalam lipatan sejarah jiwa.

Engkau membisikkan padaku
yang kisah itu akan sentiasa ada
tidak pernah punya titik akhir
dan tidak pernah akan berakhir
dan masih saja kisah itu akan kembali bermula
biarpun berlainan cara
namun ceritanya tetap sama
…kisah cinta
…kisah jiwa.

Qalam Bertinta
23062013
1821pm

No comments:

Post a Comment