koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 5 August 2013
NAFSU DAN IMAN.
Jejak pertarungan dua aliran
bertempur hebat berkuasa dalaman
menunjuk kuat adanya kehebatan
di dalam diri bertemu sempadan
menang menjadi debu
kalah menjadi abu
ego di bahu kian kelabu
pukulan maut bertemu buku
akhirnya berkubur tidak bernisan
akhirnya berkubur tidak bertuan
kosong di pembaringan
hanya nisan penunjuk haluan
siapa yang mahu mengingatkan.
Aku merenung ke dalam iman.
Sazalee Sulaiman ... 05/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment