Monday 30 September 2013

PANTUN MOTIVASI


Ke Pulau Indah memburu rusa,
berhenti rehat solat didahulu; 
jangan mudah berputus asa,
tekad dan semangat suburkan selalu.

Buah berangan lebat di dusun,
rantingnya bertemu si dahan pauh;
rebah jangan hingga tak bangun,
kerana perjalananmu masih jauh.

Pergi berjual di Pasar Tamu,
dibeli nyonya burung tekukur;
andai gagal membatasi usahamu,
jangan jadikannya kayu pengukur.

Di Kuala Kedah bahtera dilabuh,
mencari bahulu dan ubi rebus;
jangan mudah untuk dipengaruh,
berfikirlah dulu sebelum terjerumus.

Di Kuala Gula mengail tenggiri,
penuh sebakul seronok terasa
kekalkan segala jati diri,
negara bangga mampan sentiasa.

Qalam Bertinta
Klang
30092013
0003pm

No comments:

Post a Comment