Saturday 28 September 2013

Pulangnya cucu Nabi SAW.


Menangis kehilangan
orang yang kita sayang
orang yang kita kasihi
pulang ke sisi Allah SWT
kerana rindu
memang dibenarkan
untuk menghilangkan kesedihan
kehilangan.

Seharusnya berbahagialah
bersyukur
kerana mereka telah dijemput 
ke sisi Allah SWT
yang amat mengasihi hamba-hambaNya
yang tawaduk dan tunduk,

pulangnya mereka
ibarat sehelai kain putih 
tidak bernoda
di mata Allah SWT
sehingga harinya nanti
mereka dibangkitkan 
kembali.

Mereka telah dijemput!

Namun ... ,
haruskah kita bernista?
Haruskah mereka yang pulang diraung?
... diratap penuh hiba
apatah lagi
dengan menyakiti tubuh badan kita sendiri.

Dengan meratap, memukul tubuh badan
dengan meratap, mencederakan anggota badan
berdarah
dan ada juga; hilang nyawa
hanya kerana cucu Nabi SAW
seorang hamba Allah yang reda dijemput.

Itu belum lagi kalimah syahadah
yang terang ditokok tambah.

... itukah yang diajar Nabi SAW?

Subhana-Allah.

Sazalee Sulaiman ... 29/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment