Sunday 26 January 2014

DARI NILAI KE SUNGKAI


Menghukum biar mendidik 
bukan menunggu peluang-mencari ruang 
untuk menghukum buat kali kedua 
kerana itu telah jatuh hukumnya dendam,
dera; penderaan mental
dan juga fizikal.

Kangkung dipetik dan harus dimasak 
sebelum diberi makan kepada anak murid 
bukan rumput yang dipetik segenggam 
disua pula ke mulut si murid
untuk dilahap 
seperti sang lembu.

Setelah loceng dikalungkan 
di lehernya murid.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.

No comments:

Post a Comment