Thursday 30 January 2014

PELACUR TUA LORONG HAJI TAIB


Helang dan camar bertingkah laku
merebut bangkai terkulai kaku
walaupun bangkai tinggalnya siku
tetap direbut bercengkaman kuku

itu kukais perihalnya kamu
menjolok semu di mata tetamu
walaupun kedut kian bertamu
tetap direbut giur tubuhmu

terkulai di ranjang puasnya nafsu
berganti orang datang berpusu
pelacur tua telahpun lesu
jantan durjana menghulur tisu.

Kerana nafsu bergelumang najis berbau.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.


No comments:

Post a Comment