Tuesday 17 April 2012

KAU MAWARKU 1




Anggunnya warnamu
wahai mawar bunga di hati
membuat diri sentiasa berseri
dengan kehadiranmu tersisip rapi
di jiwa dan sanubari
sentiasa sudi menemani
dengan aromamu yang mewangi
sewangi wangian kasturi
hingga tidak terasa pedihnya jejari
bila tertusuk akan durimu yang meliliti
kerana pukauan warnamu si merahhati.


Mekar kelopakmu dicahayai mentari
di pagi hari.


ssz/spl/pm...17/4/2012.







No comments:

Post a Comment