Friday 6 April 2012

SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG




Kelmarin
kau petikkan gitar
berentakkan gambus hatimu
yang berlagukan
lagu ghazal nan syahdu
hingga aku tersendu
cair di perdu tangkai hatiku
dengan bisikan gemersik
berlagukan lagu pilu.


Cair...sungguh cair hatiku
secair lilin dibakar halus, api simpati
hinggakan aku menaruh belas
ikhsan...penuh rasa emosi
akan kesedihan yang menyelubungi hati
lantas kupimpin tanganmu
dengan cinta dari api yang sejati.


Hari ini
kau mainkan rentak
yang berlainan akan nada gambusnya
berlagukan, lagu ghasidah
berentakkan tarian asli
lagunya...lagu sayang-sayang buah kepayang
habis wang...cinta abang 
dengan abang-abangnya hilang dari mata
tinggallah abang menanggung derita
bersendirian seorang sahaja.


ssz/spl/pm...06/4/2012.





No comments:

Post a Comment