Di batas ini aku berlari
dikejar ayahku dan sanak saudara
tersungkur dan bersembunyi
di sebalik dedaunan padi
menghijau dan meninggi bak padang ilalang
menghilangkan tubuhku tidak terpandang
menghilanglah aku dari dipandang orang.
Selut dan lumpur tidak kuhirau
pacat dan lintah tidak juga aku seriau
kerana bagiku anuku yang aku risau
tok mudim dah menunggu
sambil tangannya memegang pisau
macam manalah aku tak terjun ke dalam paya yang payau.
Namun kini aku di sini
di batasan ini aku berdiri
memandang kampungku yang aku sayangi
kenangan yang lalu kini aku kongsi
bersama anak cucuku yang aku kasihi.
Anak-anak cucuku berdekah tertawa tidak terhingga
mendengar kisah atoknya yang penuh muslihat berpujangga.
ss/spl/pm 2/7/2012.
No comments:
Post a Comment