Sunday 1 July 2012

SENJA


... .

Ss/spl/pm ... 1/7/2012.


p/s:
Karya ini bertujuan untuk membuktikan bahawa sesuatu tajuk amat penting dalam memainkan peranannya dan titik Elipsis sebagai kesinambungan kepada sesebuah tajuk dalam menyokong penceritaannya dan gambar sebagai pencerita kepada Ilusi di minda pembacanya yang akan berimaginasi mengikut kehendak naluri masing-masing.

Cubalah kita menyelongkar dan meneroka akan imaginasi kita masing-masing dengan berlandaskan tajuk yang diberikan dan kita gunakan kepahaman kita di dalam memahami sesuatu gaya bahasa dalam puisi untuk melakarkan apa yang ada di minda kita.

Personafikasi:

Senja itu kian mengarang rindu
Membangkitkan nafsu di dada langit senja bertamu
Di kala senja semakin memuncak beraja di puncak kalbu
Aku terjaga dari lamunan senja yang ngilu
Menggasak rindu agar berlalu bersama matinya senja kelabu.

Simile:

Senja merah umpama lautan darah di dada langit
Merahnya bak delima zamrud tercacah indah di langit ke tujuh
Berselerak di kaki langit bagaikan dicakar sang garuda darahnya
Tersimbah merah persis pewarna di kain yang putih.

Metafora:

Senja berdarah mencarik resah
Kalbu berdansa senja meresah
Ratapan alam kian berona di lembayung senja
Senja mataram kian berlabuh di balik tirai dermaga jingga.

Hiperbola:

Akan kuteguk selautan darah dari cawan senja
Berlagukan Jazz bagai orkestra bersimfonikan senja
Pekat memerah biji matanya bercahaya ultra lembayung senja
Berwarnakan merah sebagai celak di dada mata senja.

Itulah sahaja contoh-contoh yang dapat saya berikan di sini sebagai pemankin idea di minda kita cubalah teman-teman nukilkan pula mengikut citarasa diri sendiri pula tentang tajuknya SENJA.

Cubalah ya! ... .
 
 

No comments:

Post a Comment