Wednesday 1 August 2012

MACAM-MACAM ADA


Siapa nak kueh dan biskut raya?
Bolehlah tempah sekarang ya!
Takut tak sempat tempah ... naya!!
Tiada kuih dan biskut raya
untuk dijamu kepada tetamu di hari raya.

Nak tempah senang sahaja!

Tengok 'pempelet' dan 'liflet' yang tersedia

macam-macam ada
dari batang buruk hingga ke kek berbunga
semuanya telah tersedia
tunjuk dan tempah sahaja - apa nak dikira-kira
janji duit bayarannya, janganlah dilupa
dah tempah kenalah bayar harganya
nanti haram masuk dalam perut penziarah kita.

La ni ... nak dapatkan kueh raya senang saja

cuba tengok; kat pejabat-pejabat korang semua
hatta pejabat guru besar dan bilik guru pun ada
cikgu-cikgu dan rakan-rakan kita meniaga
kain dan tudung raya pun ada - pilih sahaja.

Ingin aku ulangi, kata-kata aku semula

macam-macam ada!
Tepuk dada tanyalah selera
dalam halaman mukabuku ni pun ada
Tak percaya?! Ikut kamu ler ... aku nak buat macam mana
dah kamu yang tak peka ... tengok ler dan bukalah mata.

Ini kesah benar tau bukannya auta ... hik hik hik.


ss/spl/pm ... 31/7/2012.

No comments:

Post a Comment