Thursday 2 August 2012

PERSIMPANGAN NALURI


Perlukah aku simpan keegoan aku ini
menyimpan dendam yang kukuh terpatri
enggan memberikan kata-kata; "Aku memaafi"
akan segala apa yang terjadi
sehingga terlerai simpulan dua hati
yang pernah bersumpah sehidup semati
terpisah kerana tiada keserasian lagi.

Ahh! ... aku kini terhimpit dalam persimpangan naluri
ingin aku memaafi dirimu yang pernah aku kasihi
dan dalam masa yang sama, ingin aku terus membenci
dirimu yang tidak pernah mengerti erti kasih sejati
mengunci ketat gobok di hatiku ini
dan terus membuang kuncinya tidak terjangkau jejariku lagi.

Aduhai!! ... persimpangan manakah yang harus - aku selusuri?.

ss/spl/pm ... 2/8/2012.



No comments:

Post a Comment