Wednesday 8 August 2012

SELOKA MUSLIHAT


Malam ini sekali lagi aku ingin berehat;
berehat sambil berubat
akan hatiku yang sedang gawat
diperhambat dek rasa penat
akan manusia-manusia si musibat
yang penuh dengan muslihat.

Ahh!...alang-alang biarlah aku berdakwat

tentang perangai diva yang penuh kekwat
perasan bagus tapi orang dah meluat
simen ditempek kononnya nak tutup jerawat
aleh-aleh - tertutup jerawat, naik pula ketuat
aduhai! ... kesian jenuhlah para jururawat
dek perangainya yang suka menghambat.

Akhir sekali - biarlah apa sahaja yang dia nak buat

aku memang dah penat - biarlah aku berehat
aku tinggalkan kamu semua dengan satu seloka padat
yang aku reka dengan penuh rasa meluat tapi hebat
nak tahu apa dia yang aku buat? ok! ... baca dan lihat
fahaminya dengan kata-kata nasihat;

Tang tang tut keladi we-we

siapa terkentut mukanya penuh dengan pura-pura.

Ahaksss ... jangan marah ya!

Sekadar berseloka sahaja.

ss/spl/pm ... 7/8/2012.


 

No comments:

Post a Comment