Monday 17 September 2012

Ingatlah Sayang



Dua perkara pesanan aku ini
sebagai azimat di kala engkau merinduku.

Pertama:
Ketika engkau di bawah ... pandanglah ke atas
kerana aku akan sentiasa berada di sana
menjaga dan melindungimu
dengan payung kasih dan sayangku.

Kedua:
Ketika engkau di atas ... pandanglah ke bawah
kerana aku akan sentiasa berada di situ
di antara ke dua sujudku
mendoakan kebahagiaan dirimu ... selalu.

Ingatlah sayang ... pesanan dariku ini.

ss/spl/pm ... 17/9/2012.



No comments:

Post a Comment