Monday 17 September 2012

SELAMAT TINGGAL SAYANG


Semalam...kuselusuri denai kerinduan
Semalam...kuturuni lembah kesyahduan
yang penuh onak duri
yang mencengkam akan diri
yang menguris hatiku ini.

Hari ini...akan aku terus mendaki;
mendaki dan terus meniti titian kehidupan aku ini
yang penuh dengan ranjau cabaran
dengan langkah yang penuh berani.

Esok!
Aku akan terus berlari;
berlari dan terus berlari
kerana itu yang pasti
esok pasti akan kembali lagi.

selamat tinggal sayangku
selamat tinggal buat selama-lamanya.

ss/spl/pm...



No comments:

Post a Comment