Monday 5 November 2012

Gema Rinduku


Aku selusuri 
jalanku yang sunyi
di lembah berliku

kususun langkahku
demi rindu
demi kasihku padamu
relalah aku
melayan resah kalbuku.

Menyapamu di angin lalu
bagai menyapa raung
di rabung berdebu
yang padat kurasa padu
gemanya dikembalikan
ke benak telingaku
tangisanmu berlagu pilu
di jiwaku.

Habukkah yang memasuki mataku?
Bak kaca berserak
berembun di biasan kelabu
kenapa pedihnya
bagai menghiris hatiku
mungkinkah juga
kerana aku,
aku masih menyayangimu.

Ah! Kenapa ini kubiarkan berlaku?.

ss/spl/pm ... 05/11/2012.




No comments:

Post a Comment