Monday 12 November 2012

Sayangku, Fatin Insyira


Atin
tidak pernah kurasa jemu
membelai namamu
di jiwaku
seumpama belaian manjaku,
terhadap
dirimu.
Atin
kenakalanmu
menggeletek tangkai kalbuku
dengan keletah
yang sentiasa menawan hatiku,
tertewaslah aku
kepadamu.
Atin
tersebut sahaja namamu
membuat aku dalam keadaan rindu
akan senyumanmu
dan kemanjaan pujukanmu,
merayuku
memukauku.
Engkaulah Fatin Insyiraku.
ss/spl/pm ... 12/11/2012.


No comments:

Post a Comment