koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday 11 November 2012
Selamat Pagi Cinta
Selamat pagi cinta
kuucapkan kepadamu
berutusan rindu kasihku padamu
yang sering kali menyapa pagi-pagi resahku
dengan bingkisan-bingkisan rindu
terlahir dari jiwa sucimu
tercipta dari kalbu yang syahdu
terzahir dari mimpi-mimpi indah bertamu
yang dahagakan rindu
dari perdu tasik cintamu
kepadaku
di pagi yang indah dan dingin bak salju.
Sejambak bunga rindu dari kelopak cintaku untukmu.
ss/spl/pm ... 11/11/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment