koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 17 December 2012
Ada idea?
Karya apa lagi inginku, lakarkan di dada maya?
Puisi cinta telah pun aku reka
bentuk ketuhanan telah kulakarkan juga
bergenre kecindan siap tersedia
akrostik?
Minggu lepas pun masih panas lagi rasanya
nak berhaiku mood pula tiada
sarkastik nanti ada pula yang merah mata
aduhai!
Bentuk apa lagi ingin kulakarkan seadanya.
Entahlah!...ada idea tak teman-temanku semua?
ss/spl/pm ... 17/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment