Thursday 31 January 2013

Hidangan Ruji.



Sehari datang sehari pergi
begitu juga persahabatan di FB ini
senang datang tangan diberi
dan senang pergi 
ghaib menghilangkan diri,

silatulrahim tiada bererti
silatulrahim tiada nilai yang murni
keperibadian tinggi dipandang sepi
kejahilan dipandang tinggi
pembohongan sering ditari-tari,

sandiwara satu obsesi
pelbagai bentuk dan rupa terkini
pelbagai akaun boleh dimiliki
banyak sisi
gelaran ingin dikongsi,

semuanya penyakit hati
yang dilakonkan secara bersiri
segala drama kehidupan sepi
dimainkan dengan ilusi
hilang keindahan di dalam peribadi,

semuanya sedang dihidangkan kini.

ss/spl/pm ... 31/01/2013.


No comments:

Post a Comment