Tuesday 22 January 2013

‎~ cinta penguasa bomba ~


tibanya jentera merah
bersama petugas sebahagian
besar harta musnah sudah
ceracak besi, tunggul batu
atap menyembah bumi
dasyatnya kuasa api

petugas hanya mengawal
agar keadaan tenang
tiada memusnahkan harta milik jiran
siasat bermula, maklumat ditagih
gugup menguasai diri
airmata hanyalah teman
mengenang nasib

lapuran demi lapuran
memenuhi buku nota
Wong Sai Lan tetap jadi tumpuan
mata tiada bekelip menatap wajah
yang sedih angkara api

bermulalah satu persahabatan
antara dua darjat
akhirnya menjadi erat
dengan lafas dua kalimah syahadah
Mariaaffendi binti Abdullahafeendi
menjadi pilihan
terbinanya istana cinta
mengabungkan dua bangsa
masyarakat Malaysia

abah dan emak
moga terus bahagia hingga akhir hayat
doa anak-anak tetap bersamamu
Selamat ulang tahun perkahwinan

Jue Affendi
22.01.2013

No comments:

Post a Comment